3 November 2011
USPTN Kelantan dengan kerjasama Pusat Satelit ISN Kelantan telah mengadakan ujian SEMO kepada pelatih badminton USPTN Kelantan. Ujian tersebut telah diadakan di Dewan Badminton PBNK, Jalan Telipot Kota Bharu Kelantan. Objektif ujian adalah untuk menguji tahap ketangkasan atlet Badminton ketika melakukan latihan, mengetahui tahap kepantasan dalam menukar arah semasa pertandingan, meningkatkan tahap kawalan keseimbangan dan memperbaiki kelemahan atlet. Seramai 29 atlet badminton telah menjalani ujian SEMO. USPTN Kelantan mengucapkan ribuan terima kepada Pusat Satelit ISN Kelantan yang telah banyak membantu mengadakan ujian-ujian kepada atlet-atlet Pelapis Kelantan.
No comments:
Post a Comment