Sunday, April 10, 2011

ACARA MASTERS TENPIN BOWLING MSS KELANTAN 2011



Pada 4 April 2011, jam 9.00 pagi, Unit Sukan JPN Kelantan sekali lagi telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling MSS Kelantan 2011 bagi Acara Masters. Iaitu acara pemilihan terakhir Skuad Tenpin Bowling MSSM Kelantan 2011 yang akan ke Kejohanan Bowling MSSM 2011 di MIBC, Ayer Keroh, Melaka.

13 orang Atlet Pelapis USPTN Kelantan yang berjaya dipilih mewakili skuad Bowling MSSM Kelantan 2011 adalah:

Lelaki 12 Tahun:

Alif Muqri - Pertama

Lelaki 15 Tahun:

Adam Rahimi - Pertama
Ah Danial Aizat - Ke-2
Md Nazrul Naim - ke-4

Perempuan 15 Tahun:

Nur Emily Aisya - Pertama
Nurul Izzat Amalin - ke-2
Nurul Huda Amirah - ke-3<
Teh Shin Min - ke-4

Perempuan 18 Tahun:

Maria Farina - ke-2

Lelaki 18 Tahun:

Md Syafiq Aiman - Pertama
Md Khabir Afiq - ke-2
Nik Amiruddin - ke-3
Tg Ahmad Zaim - ke-4

Peserta yang paling menonjol adalah Md Nazrul Naim kerana pada peringkat pertama pemilihan, beliau mendapat tempat ke-13.Tapi kerana bermain cemerlang dalam Sirkit Remaja di P.Pinang pada 2-3 April 2011, beliau telah diberi peluang bermain dalam Acara Masters dengan jumlah mata yang dikumpul pada kedudukan ke-13. Akhirnya, beliau mendapat tempat ke-4 setelah bertungkus-lumus,bermati-matian mengejar pada kedudukan ke-13 dan akan turut mewakili skuad Bowling MSSM Kelantan ke MSSM 20ii di Melaka nanti.

Syabas kepada semua atlet yang berjaya!

Laporan disediakan oleh:

Mohd Zahimi bin Hj.Zainuddin
JPM Tenpin Bowling
USPTN Kelantan

No comments:

Post a Comment