Monday, January 30, 2012

Laporan National Evaluation Bowling 2012




Tarikh

13 Januari 2012 (Jumaat)

Masa

4.00 – 5.00 ptg

Tempat

Mutiara Bowl, Billion, Kota Bharu Kelantan

Panel Jurulatih

Seramai Dua (1) orang Panel Jurulatih Kebangsaan iaitu En. Azidi Ameran dan diketuai oleh En. George Tan daripada MTBC telah membuat penilaian/pemilihan ke atas 47 orang peserta. Turut hadir sama adalah JPM dan JSM USPTN Kelantan.

Peserta

Seramai 47 orang peserta telah menyertai program ”evaluation” tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari Kelab Bowling sekolah di sekitar Kota Bharu. Sambutan penyertaan pada kali ini kurang berbanding pada tahun lepas kerana pada tahun ini syarat-syarat telah ditetapkan seperti semua atlet mestilah mempunyai peralatan bowling sendiri untuk menyertai program tersebut.

Berikut adalah bilangan peserta yang telah menyertai program tersebut :

BIL

KATEGORI

JUMLAH

1.

Atlet Sedia Ada (USPTN)

16 orang

2.

Atlet Baru

31 Orang

JUMLAH SEMUA

47 orang

Pendaftaran

Diuruskan oleh PPN dan dibantu oleh JPM.

Penggunaan lorong/”lane”

Kesemua lane telah ditempah untuk program ini tetapi hanya 20 lane sahaja yang dapat disediakan oleh pihak Mutiara Bowl kerana 2 lane yang berikut mengalami kerosakan.

Ulasan

Keseluruhan perjalanan program ”evaluation” pada kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Banyak pihak yang menyokong agar program ”evaluation” ini terus dikekalkan untuk mengenalpasti bakat-bakat baru dalam sukan tenpin boling.

En. George Tan turut mengadakan mesyuarat ringkas bersama SDO, JPM dan JSM membincangkan keputusan bilangan atlet yang terpilih. Turut disentuh adalah teknik / bentuk latihan bagi tahun 2012.

Keputusan

Berikut senarai nama atlet yang terpilih untuk diserapkan kedalam program latihan 2012.

Nama Umur Jantina AAA AA

1) Ahmad Danial Aizat b. Najib 14 L **

2) Ahmad Dazrin Akasha b. Najib 11 L **

3) Nik Ahmad Amiruddin b. Nik Nasrudin 18 L **

4) Mohd Noor Ikhwan b. Naiman 14 L **

5) Muhamad Nazrul Naim b. Ruslan 15 L ***

6) Nik Nellisa Hanim bt Nik Mohd Nasrom 14 P **

7) Mohd Khabir Afiq b. Daud 18 L ***

8) Mohd Syafiq Aiman b. Saharudin 17 L ***

9) Adam Rahimi b. Hazmi 15 L **

10) Alif Muqri b. Hazmi 13 L ***

11) Maria Farina bt Azmi 18 P **

12) Nurulhuda Amirah bt Mohd Zakari 16 P **

13) Ahmad Ariff Hakimi b. Mohamed 18 L **

14) Nur Emily Aisya bt Mohd Ridzuan 16 P **

15) Nik Izaan Amir b. Che Mohd Ariff 18 L **

16) Tengku Ahmad Zaim b. Tengku Abu Bakar 18 L **

17) Nik Muhammad Mumtazi b. A. Kamil 11 L **

18) Nur Najwa Shuhada bt Mohd Rusli 17 P **

19) M.Amirul Ashraf b. Rozali 16 L **

20) Khairul Imran b. Asraf 12 L **

21) Anisnazifa bt Mohd Rouzi 16 P **

22) Nur Farah Aqilah bt Rozuki 16 P **

Atlet

Atlet Lelaki = 15 Orang Atlet Wanita = 7 Orang

Jumlah Atlet = 22 Orang

Kategori

AAA = 4 Org AA = 18 Org

Disediakan Oleh :

Nor Fadhilah Bt Junkipili

PPN Tenpin Bowling

USPTN Kelantan




No comments:

Post a Comment