Thursday, January 12, 2012

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KELANTAN 2011






31 Disember 2011

Kejohanan Badminton Tertutup Kelantan telah diadakan pada 29-31 Disember 2011 bertempat di Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kelantan. Kejohanan ini telah berjaya menarik minat seramai 120 pemain lelaki/wanita. Ini ada kejohanan yang pertama dianjurkan oleh Persatuan semenjak didaftarkan kembali dengan Pesuruhjaya Sukan. Lebih manis lagi, Pelatih dari USPTN Kelantan telah berjaya menjadi Juara Peseorangan Lelaki [ Wan Mas Ami Wan Abu Bakar ] Juara Bergu Lelaki juga dari USPTN Kelantan [ Mohd Hafifi Hashim dan Mohd Hafizi Hashim ] Juara Peseorangan Wanita juga disandang oleh pelatih dari USPTN Kelantan [ Siti Farah Farhana Mat Junoh ] Tahniah kepada yang berjaya dan bagi mereka yang gagal, teruskan latihan. YM Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Presiden Baru Persatuan Badminton Negeri Kelantan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan seterus merasmikan upacara penutup kejohanan.

No comments:

Post a Comment