Thursday, September 19, 2013

PEMANTAUAN PPN OLAHRAGA USPTN KELANTAN

Kota Bharu 18 Sept. 2013 Rabu.
Pemantauan telah dibuat oleh PPN Olahraga ke tempat latihan di Trek Kompleks Sukan MSSK, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan. Latihan berjalan dengan lancar dibawah Jurulatih Mohd Faizal Mohamed dan Mohd Ghani Seman sedang menjalani latihan kepada 15 atlet ( 8 Wanita dan 7 lelaki). Atlet Berjalan kaki sedang menjalani latihan walking endurance dibawah pengawasan jurulatih Mohd Ghani Seman, atlet lompatan menjalani latihan 'run up' diawasi oleh Mohd Faizal Mohamed.





Disediakan oleh Fazli Roseli
PPN Olahraga
USPTN Kelantan

Monday, September 9, 2013

Kem Tahunan USPTN/MSN Kelantan 2013

USPTN Kelantan dengan kerjasama MSN Kelantan telah menganjurkan Kem Tahunan 2013 di Agro Resort Setiu Terengganu pada 3hb hingga 5hb Sept. 2013. 15 Pegawai /Kakitangan USPTN/MSN dan Jurulatih Penuh Masa, 70 atlet telah menghadiri kem tersebut. Aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan seperti 'water confindence', night tracking @ 'burung hantu', 'jungle tracking' dan berkayak. Aktiviti-aktiviti berkumpulan dalam dewan, sessi motivasi dan berakhir dengan pertandingan 'karaoke'.