Sunday, May 22, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2011 D K/BHARU



marshall
atlit bersama Pegawai saikologi dari ISN Kelantan

loaders




juara keseluruhan bwh 16th wanita; Negeri Kelantan


Pasukan Kelantan telah menghantar 26 atlit dan 4 pegawai bagi menghadapi Karnival Pelapis D K/Bharu.Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari bermula 11-15 mei 2011.Pasukan Kelantan telah mencapai keputusan yg cemerlang dengan merangkul 13 Emas, 9 Perak 7 Gangsa.Dengan pungutan itu Team A/Brt Kelantan memperolehi Juara Keseluruhan bagi sukan a/brt.Pasukan Kelantan juga telah di nobatkan Juara Keseluruhan bagi kategori bawah 16th wanita.

Tuesday, May 10, 2011

KARNIVAL PELAPIS 01/2011: JADUAL PERTANDINGAN

Berikut adalah jadual pertandingan mengikut sukan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur:-

1. Sukan Sepak takraw disini
2. Sukan Tinju disini
3. Sukan Angkat Berat disini
4. Sukan Gimnastik Artistik disini
5. Sukan Gimrama disini

Semua kontinjen diminta untuk berhubung dengan pihak urus setia sekiranya memerlukan maklumat lanjut.

Kepada semua kontinjen di ucapkan:

SELAMAT DATANG KE KOTA BHARU DAN
SELAMAT BERTANDINGAN

Thursday, May 5, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI KELANTAN 1/2011

Majlis Sukan Negara Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan untuk menganjurkan Karnival Pelapis Negeri 1/2011 pada 11 - 15 Mei 2011. Karnival Pelapis ini telah memasuki tahun ke 3 sejak mula di adakan pada tahun 2009. Sebanyak 6 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik Artistik, Gimrama, Memanah, Sepak Takraw dan Tinju akan di pertandingkan dalam Karnival kali ini.

Berikut adalah maklumat mengenai kejohanan tersebut:

Senarai Perhubungan

Venue Pertandingan

Jumlah Pendaftaran

Kepada semua negeri yang akan mengambil bahagian, SELAMAT MAJU JAYA dan diharap semua kontinjen akan bertandingan dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.

Laporan di sediakan oleh:-

Nor Fadhilah Junkipili