Wednesday, September 14, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN POWERLIFTING DI NEGERI KELANTAN





Tarikh : 13 . 09 . 2011 (Selasa)
Masa : 03.30 petang
Tempat : Dewan Angkat Berat, Jalan Telipot, Kota Bhar
Kehadiran Atlet : 2 Orang Atlet

Program Conditioning telah dibantu oleh En. Wan Firdaus B Wan Chik dari Pusat Satelit ISN Negeri Kelantan



Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

UJIAN KECERGASAN UNTUK ATLET PLN ANGKAT BERAT





Tarikh : 13 . 09 . 2011 (Selasa)

Masa : 4.00 petang

Tempat : Dewan Angkat Berat, Jalan Telipot, Kota Bharu

Jumlah Atlet : 12 orang ( 8 Lelaki & 4 Wanita)

Ujian yang dijalankan :

i) Standing Broad Jump (Power)

ii) Hand Grip (Strenght)


Ujian ditelah dibuat oleh Puan Nur Fadzillah Hamdan dari Pusat Satelit ISN Negeri Kelantan


Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

MESYUARAT JKK ANGKAT BERAT KALI 02/2011




Tarikh : 12 September 2011 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama , Majlis Sukan Negeri Kelantan
Kehadiran : 6 orang

Mesyuarat JKK Angkat Berat Kali 02/2011 dipengerusikan oleh Ketua Unit En. Zahari Zakaria.

Seramai 7 orang hadir antara perbincangan adalah berkenaan dengan anjuran Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 Tahun Terbuka Negeri Kelantan dan persiapan menghadapi SUKMA 2012 di Pahang nanti.

PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT





Tarikh : 11 September 2011 (Sabtu)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Angkat Berat, Jalan Telipot, Kota Bharu
Jurulatih JPM : Nordin Jusoh
Jurulatih JSM : Mohd Azidin Halim


Seramai 15 orang atlet yang hadir semasa sesi latihan dijalankan iaitu 9 lelaki dan 6 orang wanita. Latihan giat dijalankan bagi persiapan ke kejohananan yang akan datang iaitu Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 2, 2011 di Kuala Lumpur pada 15 - 18 September 2011 , Kejohanan Bawah 16 tahun Terbuka Kelantan pada 20 - 22 Oct 2011 dan Karnival Pelapis Negeri 02/2011 pada 07 - 11 Dec 2011.

Masalah

1. Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet kurang memuaskan kerana ramai yang menghadapi
peperiksaan PMR dan SPM.

2. Kekurangan peralatan terutamanya plate warna hijau.

Sekian.


Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah


Tuesday, September 13, 2011

Latihan Pusat Bagi Sukan Sepak Takraw





Tarikh : 11 - 13 September 2011

Tempat Latihan : Dewan Wisma Sukan, MSNK

Latihan Pusat dijalankan adalah bagi persediaan ke Kejohanan Sepak Takraw 2011 Peringkat Zon Tengah anjuran Utusan Malaysia yang akan diadakan pada 17 - 18 September bertempat di Kompleks Sukan Negeri Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Jurulatih PLN telah menyenaraikan seramai 2 orang jurulatih dan 8 orang atlet yang akan bertanding dalam kejohanan tersebut.


Laporan disediakan oleh :-) Nor Fadhilah Junkipili

Saturday, September 10, 2011

Perjumpaan Dengan Atlet Berbasikal Kelantan Dan Jamuan Makan















Tempat : Rumah Coach Rosli

Tarikh : 10 Sept 2011

Agenda : Perjumpaan Bersama Atlet Dan Jamuan Makan





Thursday, September 8, 2011

Pemantauan PLN Sukan Tinju





Tarikh : 7 September 2011
Pusat Latihan : SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan

1. Jurulatih memaklumkan latihan pada minggu ini merupakan persediaan untuk menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang akan berlangsung pada 17 - 21 september 2011 bertempat di Dewan Terbuka Kompleks belia Dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang. Jurulatih juga telah menyenaraikan 3 orang jurulatih dan 6 orang atlet akan menyertai kejohanan ini.

2. Jurulatih memohon untuk membeli penimbang berat badan yang baru bagi menggantikan penimbang lama yang telah rosak. Dimaklumkan juga Mohd Ismaizzuddin b. Zakaria (kategori 48kg) dan Mohd Azman b. Mohd Azhar (kategori 52kg) telah memenangi Kejohanan Muay Thai pada 3/9/2011 bertempat di Rantau Panjang, Kelantan.


Laporan disediakan oleh :-) NoR FaDhIlaH JuNkIpIlI