Sunday, January 8, 2012

KEJOHANAN WUSHU REMAJA TERTUTUP KELANTAN




Peserta-peserta yang mengambil bahagian

Barisan-barisan Pengadil


Kejohanan Wushu Remaja Tertutup Kelantan telah diadakan pada 30 Disember 2011 bertempat di SMJK 'C' Chung Hwa. Sebanyak 40 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sekolah - sekolah yang terlibat adalah sebagaimana berikut : -

1.SMJK " C" Chung Hwa
2.SMJK "C" Chung Cheng
3.SJK "C" Chung Hwa
4.SJK "C" Chung Cheng
5. SJK "C" Peir Chih



Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON TIMUR 02/2011






Hanya Negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang menyertai Kejohanan Zon Pantai Timur 02/2011 yang diadakan di Wisma MSSK , Kota Bharu Kelantan pada 27 - 29 Disember 2011. Seramai 39 orang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sebanyak 3 Kategori wanita dan 8 kategori lelaki yang telah dipertandingankan.


Di sediakan oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

Wednesday, December 14, 2011

2011 SINGAPORE INTERNATIONAL WUSHU TOURNAMENT







Tarikh Kejohanan : 18 - 21 Nov 2011

Tempat : Yio Chu Kang Indoor Stadium, Singapore

Pegawai : Lim Wee Siong

Atlet : 8 Atlet Lelaki & 3 Atlet Wanita

Jumlah Keseluruhan
Pungutan Pingat : 24 Pingat Emas dan 6 Pingat Perak

Keputusan :

1 . Cheot Yao Zong - 3 pingat Emas (Nanquan , Nandao dan Nangun)
2. Yeap Kai Chuan - 3 Pingat Emas & 1 Perak ( Changquan,Daoshu,Gunshu & Group Event)
3. Wong Chin Wei - 3 Pingat Emas & 1 Perak (Changquan,Jianshu,Gunshu & Group Event)
4. Tan Zee Hern - 2 Pingat Emas ( Nanquan & Nangun)
5. Fock Zhie Howz - 3 Pingat Emas & 1 Perak (Xiao Hong Quan,Jianshu C,Qiangshu C &
Group Event)
6.Leong Caleb - 2 Pingat Emas & 1 Perak ( Damo Jian,JianShu & Group Event)
7. Koh Jia Yao - 2 Pingat Emas & 1 Perak (Nanquan,Qimeigun & Group Event)
8. Tay Wei Lun - 1 Pingat Emas & 1 Perak (Damo Jian & Group Event)
9. Ong Chia Chia - 3 Pingat Emas (Nanquan,Nandao & Qimei Gun)
10. Wong Chia Li - 1 Pingat Emas ( JianShu C )
11. Fan Siew Ying - 1 Pingat Emas (Damo Jian)


Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

Wednesday, November 16, 2011

Klinik Tenpin Bowling 2011





Program : Klinik Tenpin Bowling 2011
Tarikh : 2 - 3 November 2011
Tempat : Wisma Sukan MSNK Jalan Telipot & Mutiara Bowl, Billion, Kota Bharu.
Peserta : 36 orang pelajar berumur 11 tahun kebawah.

Klinik ini dijalankan selama 2 hari dimana pada hari pertama diadakan kelas teori yang mengandungi latihan asas sukan tenpin bowling termasuk peralatan latihan. Pada hari kedua klinik diteruskan dengan latihan praktikal dan pertandingan kepada semua peserta. Acara penutup disudahi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta.



Disediakan Oleh :-)

Nor Fadhilah Junkipili
PPN USPTN Kelantan

Monday, November 14, 2011

KLINIK WUSHU






Tarikh : 9 November 2011

Tempat : Galanggang Terbuka SJK Chung Cheng, Kota Bharu

Jumlah Peserta : 30 orang ( 20 Lelaki & 10 Wanita)

Umur : 9 hingga 12 tahun


Peserta-peserta ini telah dipilih melalui mengenalpasti bakat pada 4 Oct 2011 . Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Sukan Negara Malaysia terutamanya cawangan Mengenalpasti Bakat yang telah membiayai semua perbelanjaan makan dan minum pegawai dan peserta.


Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

KEJOHANAN WUSHU KPM 2011






Tarikh : 28 - 30 Oktober 2011

Tempat : Dewan Badminton Cheras, Kuala Lumpur

Jurulatih : Lim Wee Siong

Atlet : Wong Soon Ching
Fan Siew Ying
Ho Xiong Ying
Wong Wei Boon
Oie Yun Sheng


Dalam kejohanan ini atlet Kelantan telah memenangi dua (2) pingat Gangsa melalui Wong Soon Ching melalui acara Taijiquan dan Taijijian.

Disediakan oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah