Tuesday, January 24, 2012

LAWATAN KE PUSAT LATIHAN WUSHU





Tarikh : 20 Jan 2012

Masa : 10.30 am

Tempat : PLN Pengkalan Chepa

Jurulatih : Lim Wee Siong

Kehadiran : 23 orang atlet

Masalah :

Jurulatih memohon agar dapat menambah seorang jurulatih samiblan untuk membantu beliau memadangkan selepas Program mengenalpasti bakat (TID) dan klinik yang diadakan pada tahun lepas menyebabkan penambahan atlet yang ramai .

Beliau juga memohon agar pihak pengurusan dapat memberi sedikit sumbangan setiap bulan utnuk menampung pihak persatuan yang terpaksa membayar sewaan tempat latihan sebanyak RM600.00 sebulan .


Disediakan oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

Thursday, January 12, 2012

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KELANTAN 2011






31 Disember 2011

Kejohanan Badminton Tertutup Kelantan telah diadakan pada 29-31 Disember 2011 bertempat di Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kelantan. Kejohanan ini telah berjaya menarik minat seramai 120 pemain lelaki/wanita. Ini ada kejohanan yang pertama dianjurkan oleh Persatuan semenjak didaftarkan kembali dengan Pesuruhjaya Sukan. Lebih manis lagi, Pelatih dari USPTN Kelantan telah berjaya menjadi Juara Peseorangan Lelaki [ Wan Mas Ami Wan Abu Bakar ] Juara Bergu Lelaki juga dari USPTN Kelantan [ Mohd Hafifi Hashim dan Mohd Hafizi Hashim ] Juara Peseorangan Wanita juga disandang oleh pelatih dari USPTN Kelantan [ Siti Farah Farhana Mat Junoh ] Tahniah kepada yang berjaya dan bagi mereka yang gagal, teruskan latihan. YM Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Presiden Baru Persatuan Badminton Negeri Kelantan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan seterus merasmikan upacara penutup kejohanan.

Wednesday, January 11, 2012

UJIAN SEMO BAGI PELATIH BADMINTON 2011






3 November 2011

USPTN Kelantan dengan kerjasama Pusat Satelit ISN Kelantan telah mengadakan ujian SEMO kepada pelatih badminton USPTN Kelantan. Ujian tersebut telah diadakan di Dewan Badminton PBNK, Jalan Telipot Kota Bharu Kelantan. Objektif ujian adalah untuk menguji tahap ketangkasan atlet Badminton ketika melakukan latihan, mengetahui tahap kepantasan dalam menukar arah semasa pertandingan, meningkatkan tahap kawalan keseimbangan dan memperbaiki kelemahan atlet. Seramai 29 atlet badminton telah menjalani ujian SEMO. USPTN Kelantan mengucapkan ribuan terima kepada Pusat Satelit ISN Kelantan yang telah banyak membantu mengadakan ujian-ujian kepada atlet-atlet Pelapis Kelantan.


UJIAN KECERGASAN PUSAT LATIHAN OLAHRAGA USPTN KELANTAN 2011





16 Oktober 2011

Ujian kecergasan / yoyo test telah diadakan bagi pelatih olahraga pusat USPTN Kelantan di SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas Kelantan. Ujian ini diadakan dengan kerjasama Pusat Satelit ISN Kelantan.

KEJOHANAN BADMINTON DALAMAN 2011





4 Disember 2011

Pusat Latihan Badminton USPTN Kelantan telah mengadakan perlawanan dalaman diantara pelatih Badminton bagi menampong kekurangan pertandingan kepada pelatih. Dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur dan pertandingan diadakan. Kejohanan berjalan dengan lancar dan amat sengit sekali. Hadiah telah disediakan oleh Pengurusan USPTN Kelantan dan Jurulatih.

Sunday, January 8, 2012

KEJOHANAN WUSHU REMAJA TERTUTUP KELANTAN




Peserta-peserta yang mengambil bahagian

Barisan-barisan Pengadil


Kejohanan Wushu Remaja Tertutup Kelantan telah diadakan pada 30 Disember 2011 bertempat di SMJK 'C' Chung Hwa. Sebanyak 40 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sekolah - sekolah yang terlibat adalah sebagaimana berikut : -

1.SMJK " C" Chung Hwa
2.SMJK "C" Chung Cheng
3.SJK "C" Chung Hwa
4.SJK "C" Chung Cheng
5. SJK "C" Peir Chih



Disediakan Oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON TIMUR 02/2011






Hanya Negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang menyertai Kejohanan Zon Pantai Timur 02/2011 yang diadakan di Wisma MSSK , Kota Bharu Kelantan pada 27 - 29 Disember 2011. Seramai 39 orang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sebanyak 3 Kategori wanita dan 8 kategori lelaki yang telah dipertandingankan.


Di sediakan oleh : Sofia Ilani Lee Abdullah