Sunday, February 13, 2011

PERTANDINGAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN TERTUTUP KELANTAN..29/01/2011

USPTN Kelantan dengan kerjasama MSN Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Angkat Berat bawah 16 tahun di Dewan Angkat Berat MSN Kelantan. Pertandingan ini melibatkan 6 buah sekolah disekitar Kota Bharu. Seramai 25 orang atlet angkat berat telah bertanding didalam 9 kategori berat badan iaitu 5 kategori lelaki dan 4 kategori wanita. Pertandingan melibatkan atlet berumur 16 tahun. Juara keseluruhan dimenangi oleh SMK Tiang Chandi.




Thursday, January 27, 2011

"WEIGHT TRAINING" PLN BERBASIKAL KELANTAN

Latihan "bebanan" ini dijalankan pada setiap hari rabu jam 4.30ptg bertempat di Dewan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Kelantan. Latihan dijalankan dibawah pemantauan jurulatih angkat berat Kelantan ( En.Nordin Jusoh )










KARNIVAL PELAPIS NEGERI 01/2011

SELAMAT DATANG KE KOTA BHARU

USPTN Kelantan berbangga kerana telah terpilih untuk menganjurkan Karnival Pelapis Negeri 01/2011. Karnival Pelapis yang menjadi medan pertembungan atlet-atlet muda ini akan adakan di adakan pada 11 hingga 15 Mei 2011. Sebanyak 6 jenis sukan melibatkan seramai 1200 orang atlet, jurulatih dan pegawai akan terlibat di dalam penganjuran karnival kali ini. Berikut adalah maklumat venue kejohanan :-

Tarikh : 11 - 15 mei 2011

Sukan :
Angkat Berat ( Wisma Sukan MSNK )
Tinju ( Dewan SMK Putera )
Gimnastik ( Dewan Gimnastik, Wakaf Mek Zainab )
Gimrama ( Dewan Tengku Anis )
Memanah ( Padang Utama , Usm )
Sepak Takraw ( Dewan Komplek Sukan, Usm )

Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini boleh menhubungi
USPTN Kelantan ( 09-7436636 /09-7487088 ).

Monday, January 17, 2011

Program Evaluation Tenpin Bowling 2011




Tarikh : 14 Januari 2011 ( Jumaat )
Masa : 3.00 - 6.00 Ptg      
Tempat : Mutiara Bowl, Billion, Kota Bharu

Seramai 74 orang peserta telah menyertai program tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari kelab bowling sekolah sekitar kota bharu. Seramai dua orang Panel Jurulatih Kebangsaan dari MTBC iaitu En.Azidi Ameran, En. Jackson Ting dan diketuai oleh En. George Tan telah membuat penilaian / pemilihan keatas kesemua peserta tersebut.. Turut serta membantu dalam program ini adalah JPM & JSM.


Nor Fadhilah Junkipili
PPN USPTN

Thursday, November 11, 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI SIRI 2/10

















Pasukan Angkat Berat Negeri Kelantan telah menyertai Karnival Pelapis 02/2010 di Seremban Negeri Sembilan bermula dari 27-30 Oktober 2010. Seramai 13 orang atlet (3 lelakin dan 10 wanita) angkat berat Negeri Kelantan telah bertanding didalam kategori berat badang masing-masing.

Walaupun jumlah atlet yang dihantar adalah kecil tetapi mereka telah berjaya mengharumkan nama negeri Kelantan apabila memenangi 6 emas, 11 perak dan 3 gangsa.

Tahniah kepada semua pemenang

Laporan disediakan oleh:-