Friday, October 24, 2014

Laporan Hari Ke-2 Kem Bakat Gimnastik Artistik








Program Hari Ke-2 Kem :

- Sesi Pagi semua atlet menjalani latihan mengikut pasukan negeri masing-masing

- Sesi Petang atlet MAG dipecahkan kepada 6 kumpulan untuk menjalani latihan mengikut apparatus yang telah ditetapkan oleh Panel Jurulatih.Manakala utk WAG semua atlet menjalani ujian physical Ability.

- Sesi Malam Perjumpaan Jurulatih dan PPN bersama PCP. manakala untuk program atlet diadakan tayangan Video.

sekian.


Disediakan Oleh:
Nor Fadhilah Junkipili



Laporan Hari Pertama Kem Gimnastik Artistik






Program : Kem Bakat Gimnastik Artistik 23-28 oktober 2014

Tempat : Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur

Jumlah Peserta = 122 org
(Atlet Lelaki 53, Atlet Wanita 46, Jurulatih 18 & PPN 5 org)

Ulasan :

1) Seramai 7 orang atlet dan 2 orang Jurulatih Kelantan yang terlibat.

2) Program bermula pada pukul 8.30mlm dengan Slot Ice Breaking untuk atlet dan taklimat teknikal dari MGF untuk semua jurulatih


Disediakan Oleh:
Nor Fadhilah Junkipili



Tuesday, October 21, 2014

Laporan Pemantauan PLN-Gimnastik Artistik-Kelantan





Tarikh : 20 Oktober 2014
Tempat : Dewan Gimnastik, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.
Kehadiran : JPM, JSM dan 18 orang atlet.
Ulasan :
1) Latihan berjalan dengan lancar.
2) Perbincangan bersama jurulatih berkenaan dengan Kem Bakat Gimnastik pada 23-28 oktober nanti. JSM pohon untuk turut serta dalam kem tersebut memandangkan program tersebut dalam cuti sekolah.
3) Berbincang bersama jurulatih berkenaan Klinik Gimnastik (refresher course) yang akan diadakan pada 4-6 november nanti. JPM mencadangkan untuk melibatkan kesemua atlet di dalam PLN.
4) Dimaklumkan juga bahawa MSN Kelantan telah menghantar permohonan kepada Cawangan Harta Majlis Sukan Negara Malaysia bagi membaiki pintu (roller shuttle) dewan yang telah rosak.



Disediakan Oleh :
Nor Fadhilah Junkipili

Sunday, October 19, 2014

Laporan Pemantauan PLN Tenpin Bowling


    




Tarikh : 19 Oktober 2014

Tempat : Pacific Bowl, KB Mall, Kota Bharu

Kehadiran : JPM, JSM & 15 atlet

Ulasan :

1) Kehadiran atlet kurang kerana ramai atlet terlibat dalam peperiksaan SPM mengambil cuti.

2) Perbincangan bersama jurulatih berkenaan dengan Program Klinik yang akan diadakan pada 28 hingga 29 oktober nanti bertempat di Pacific Bowl.

3) Perjumpaan bersama pengurus Pacific Bowl bagi persiapan tempat untuk penganjuran klinik tersebut.


Disediakan Oleh :
Nor Fadhilah Junkipili





Tuesday, September 23, 2014

Kem Tahunan USPTN Kelantan









Tarikh : 17-19 September 2014

Tempat : Agro Resort, Setiu, Terengganu

Penyertaan : Semua sukan dibawah USPTN Kelantan

Laporan Pemantauan PLN Tenpin Bowling




Tarikh : 21 September 2014

Tempat : Pacific Bowl, KB Mall, Kota Bharu.

Kehadiran : JPM, JSM dan 16 orang atlet

Ulasan :

Latihan berjalan dengan lancar. Perbincangan bersama jurulatih berkenaan program Klinik Tenpin Bowling yang akan diadakan pada 28-29 oktober nanti.


Disediakan Oleh :

Nor Fadhilah Junkipili


Wednesday, August 27, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY






Tarikh : 26 Ogos 2014 (Selasa)

Kehadiran : En.Mohd Rodhi Hamid (JSM)
                   Atlet Lelaki ( 8 ) , Wanita ( 4)

PERTANDINGAN :

- Persiapan untuk menyertai kejohanan 16th Ong Beng Hee & Nicol David Challenge Tropy 2014 pada 14 hingga 10 Oct 2014 di Seremban 2, Negeri Sembilan.

ULASAN :

1.En.Shamsul Bahary Salleh (JPM) dan Jesse Foo Kok Sheng Atlet PLN telah dipilih untuk menyertai Kejohanan Indian Junion Open pada 23 - 27 Ogos 2014 di Chennai , Indian.